Tuesday, March 12, 2019

FORENSIK KEWANGAN



JUDUL: FORENSIK KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-798-0
Kod: GB0549
Penulis: Zaidi Ismail
Tebal: 216 ms
Harga: RM30

_____________________________________________________


SINOPSIS

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram. 

Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.

Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban. 

Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya. 

Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.


_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Monday, March 4, 2019

Diet Mak-Mak


JUDUL: Diet Mak-Mak 
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB0541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms 
Harga: RM30

_____________________________________________________



SINOPSIS

Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.

Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam. 

Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.



Namun, ada tikanya kerana anak itu adalah keutamaan, ibu sering terlupa yang mereka itu adalah matahari di dalam sistem suria keluarga. Makan dan minum tidak terjaga baik demi kelangsungan anak dan suami.

Justeru, setelah hampir enam tahun penulis memberikan ceramah di kelas antenatal, banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu-ibu. Persoalan yang kadangkala nampak remeh tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Penulis menyedari, ibu-ibu ini tidak punya rujukan bagaimana mahu melalui alam kehamilan ini dengan manisnya.


Maka, naskhah Diet Mak-mak ini, ditujukan khas buat semua mama, mak, ibu, umi di luar sana yang kasihnya seluas langit, cintanya sedalam lautan tak bertepi.  Moga coretan rasa ini menjadi panduan buat ibu-ibu di luar sana menjaga pemakanan demi keluarga tercinta.

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

BERI 2 MINIT

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9

Judul: BERI 2 MINIT
ISBN: 978-983-097-786-7
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Kod: GB0536
Tebal: 224
Harga: RM25
_____________________________________________________

SINOPSIS

Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.

Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.
*
Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”

Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas.

Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.

Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi bacaan penambah ilmu.

Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat.


Tentang Penulis:
Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah.
Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.
Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya.

Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Keluarga Idaman Syurga

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9

Judul: Keluarga Idaman Syurga
Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB0538
TEBAL: 360 ms
HARGA: RM 30
_____________________________________________________


SINOPSIS:

Membina rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat dielakkan. 

Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah tangga.

Buku ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.


KANDUNGANMuqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.

BAB 2 PEMAHAMAN
Memahami Naluri Saling Melengkapi, Ikhlas dalam Rumah Tangga, Sabar dalam Rumah Tangga, Larangan Bersangka-sangka dalam Rumah Tangga,  Izin dalam Rumah Tangga, 10 Perkataan dalam Rumah Tangga, dan lain2

BAB 3 TINDAKAN
Bagaimana Membina Sebuah Rumah Tangga, Menjadi Suami Berwatak Rijal,  Panduan Ketika Dicaci, Bagaimana Memasuki Dunia Pasangan, Bagaimana Menegur Isteri, Bagaimana Melembutkan Ketegangan, Bagaimana Membentuk Romantik dan lain2 lagi.


TENTANG PENULIS
Al-Amin adalah nama dalam kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian ke Maahad Muhammadi, Kelantan dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. 
Semasa di Kelantan sering berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Meneruskan pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, seterusnya ke Maahad Ihsaniah Penang dalam program berkembar al-Azhar. Diterima masuk ke Universiti al-Azhar, Kaherah dalam Kuliyyah Syariah untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil diploma profesional, Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-undang Syariah di Malaysia. 
Kemudian membuat Master di Universiti Malaya dan Master kedua di UIAM.  Kini menulis di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003 merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau aktif dalam sukan selam scuba bermula 2013 dan memiliki sijil Instruktor tertinggi (Course Director). Mengetengahkan selam scuba sebagai medium dakwah.
Mengasaskan Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi. Giat memberikan perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, televisyen dan radio. Giat menulis buku di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 1436H/ 2015M.

Terlibat secara aktif dengan program dan bantuan ke Palestin, bersama-sama  dengan misi kemanusiaan seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim di Puchong dan bersama Yayasan al-Ijabah dalam program amal.

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Sunday, March 3, 2019

Eksklusif Solat-Solat Sunat *Edisi Jimat




https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9


Judul: EKSKLUSIF SOLAT-SOLAT SUNAT
Pengarang:
 Ustaz Dr. Udah Mohsin
Kategori:
 Fardu Ain
ISBN:
 978-983-097-742-3
Kod: 
GB0540
Tebal:
 424 ms
Harga
: RM 30

 _____________________________________________________


SINOPSIS:

Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. 
Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. 
Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? 
Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? 
Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini. 
Buku ini amat membantu masyarakat Islam mengenali amalan-amalan sunat yang disyariatkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. 
Hadis-hadis yang dipaparkan pada setiap solat sunat yang dibicarakan dalam buku ini berserta paparan rujukannya, mengingatkan pembaca bahawa ibadat yang dilakukan itu ada sandarannya.

Tentang Penulis

Mantan Prof. Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Mendapat Pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Al-Azhar. Banyak menulis buku, artikel dan kertas kerja.
Antara buku beliau ialah Syarah Sahih al-Bukhari, Kumpulan Hadith Masyhur, Ulum al-Hadith dan Pengenalan Kitab-kitab Hadith al-Sunan al-Sittah. 
Beliau sekarang sebagai Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Amalan Berkaitan Sakit

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9


Judul: Amalan Berkaitan Sakit
Kategori: Fardu Ain
KOD: GB0531
TEBAL: 72 ms
HARGA: RM 8 

_____________________________________________________



​​SINOPSIS:


Bagi pesakit ada beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian, antaranya:

• Sakit merupakan ujian daripada Allah bagi menghapuskan dosa.
• Bersyukur kepada Allah dengan hati dan lidah.
• Mendapatkan rawatan bagi penyakit yang dihidapi.
• Memohon kepada Allah supaya diberikan kesembuhan.
• Berusaha memperbaiki akhlak.
• Menjauhi akhlak buruk.
• Jangan cepat berputus asa dan mengeluh.

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...