Showing posts with label Dr Hamid Arshat. Show all posts
Showing posts with label Dr Hamid Arshat. Show all posts

Sunday, May 20, 2018

Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita


Judul: Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
ISBN: 978-983-097-716-4
Kod: GB0482
Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Tebal: 
176 ms
Harga: RM 25.00
_____________________________________________________



SINOPSIS
Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul.

Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu. Antara perkara PERLU TAHU yang ada dalam buku ini:
•           Panduan untuk Hamil 
•           Merancang Jantina Bayi
•           Perkembangan Janin 
•           Rangsangan Sensori Prenatal
•           Makanan Terbaik untuk Kehamilan 

Bukan itu sahaja, turut diperjelaskan:
•           Kompilkasi kehamilan
•           Pendarahan Sewaktu Awal Kehamilan 
•           Pendarahan Peringkat Akhir Kehamilan 
•           Toksemia Kehamilan 
•           Mencegah Keguguran 
•           Mengatasi Kecacatan Bayi 
dan banyak lagi.
TENTANG PENULIS:

Prof Dato’ Dr. Hamid Arshat lahir pada 4 Januari 1945. Berkahwin dan memiliki lima orang anak dan 12 orang cucu. Berkelulusan MBBS (Malaya) 1970, MRCOG (London) 1976 dan FRCOG (London) 1987.


Bekas penuntut Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (1960- 1964) ini memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Melaka sebaik tamat pengajian pada April 1970.

Pada Oktober 1972, beliau berpindah ke Hospital Universiti, Petaling Jaya dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur pada Julai 1973.

Bermula Februari 1974 – Januari 1976, beliau berkhidmat pula di University of Southampton, England, sekali gus menamatkan pengajian dan lulus sijil MRCOG.
Sekembali ke tanah air pada Februari 1976, beliau menjawat jawatan Pensyarah di Jabatan Obstetric & Gynaecology, UKM. Pada 1 Mei 1983, beliau dilantik sebagai Profesor di Jabatan Obstetrics & Gynaecology, UKM.

Pada 1985, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (1985–1989).

Kini, beliau adalah Pengerusi Yayasan Jabal Nur (YJN) (bermula Januari 2014 hingga sekarang). Selain itu beliau juga adalah Konsultan di Klinik Dr Hamid Arshat dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (bermula Februari 1989 hingga sekarang). Kepakaran khusus beliau ialah dalam bidang kesuburan, kemandulan dan kesihatan wanita.

Projek terkini beliau ialah program Timang Plus untuk menghasilkan ibu bapa cemerlang dan anak-anak genius yang dianjurkan bersama Yayasan Jabal Nur dan Aktifotak.









_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online | Iman yang lemah melemahkan kita!


http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123


APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...