Showing posts with label Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

MR GENTLEMAN DAMBAAN WANITA

Judul: Mr. Gentleman Dambaan Wanita
ISBN: 
978-983-097-727-0
Penulis: 
Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin
Kod: GB485
Tebal: 144 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00
__________________________________________________________


SINOPSIS
Pening bila baca kisah rumah tangga hari ini. Sekejap benar majlis berlangsung penuh gilang-gemilang, tup tup... sudah mahu bercerai.
Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. 

Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya.

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam.

Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.


Tahukah anda, salah satu punca terbesar runtuhnya sesebuah rumah tangga ialah bilamana masing-masing gagal mengawal sifat marah. Nah, baca keburukan sifat marah ini:

1. Marah adalah pintu masuk iblis ke dalam hati.

Salah satu jalan untuk masuknya bangsa iblis ke dalam tubuh manusia ialah melalui kemarahan. Apabila iblis Berjaya masuki hati manusia, mereka akan membisikkan perkara-perkara yang buruk dan keadaan ini kerap berlaku kepada pasangan yang telah berkahwin hingga kedua-dua saling berbalah.



2. Marah adalah tempat bercambahnya hawa nafsu.

Kemarahan yang tidak dikawal akan menyuburkan nafsu yang bersifat sentiasa merasa tidak cukup. Apabila nafsu dalam diri semakin subur, terjadilah kes isteri meninggikan suara kepada suaminya. Tiada lagi perasaan malu atas perbuatannya dan tiada rasa hormat kepada suami. 


3. Marah adalah peruntuh akhlak.

Berhati-hati dengan sifat marah. Marah yang melampau-lampau membuatkan seseorang itu hilang harga diri. Akhlaknya jatuh mencecah bumi. Suami atau isteri yang mengalami keadaan ini, akan hilang rasa hormat terhadap pasangannya. Tidak ada rasa ingin melaksanakan tanggungjawab kepada pasangan dan sebagainya.



4. Marah adalah perkara permulaan yang tidak baik.

Ramai yang gagal mengawal kemarahan hingga belakunya fitnah dan perbuatan keji yang lain. Apabila berlakunya fitnah memfitnah sesama pasangan, maka akan berlakunya sangka buruk antara satu sama lain. Sedangkan setiap perlakuan ini hanya bermula daripada sifat marah yang tidak dikawal, hingga menjadi pemulaan kepada perkara tidak baik yang seterusnya.


5. Marah adalah perosak kepada ukhwah (kasih sayang).

Kemarahan juga boleh memusnahkan perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa serta turut boleh memusnahkan perhubungan yang lain. Walhal kasih sayang adalah suatu perkara yang tidak boleh dijual beli kerana ia adalah anugerah Allah SWT.


Semoga kita semua terlindung daripada sifat mazmunah ini dengan
selalu mengingati Allah agar selalu dalam perlindunganNya. Amin.


 TENTANG PENULIS

Muhamad bin Abdullah al-Amin. Amin adalah panggilan di kalangan ahli keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor, pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Kelantan, serta sering berulang alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Setelah tamat di UM, beliau ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya dari Mesir, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pelajar di peringkat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat PhD di UM. 

Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003, merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan para ulama di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti operasi membantu mangsa tsunami di Acheh, mangsa gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.



_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!


 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123


APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...