Showing posts with label Nota Fikir Untuk Zikir. Show all posts
Showing posts with label Nota Fikir Untuk Zikir. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Nota Fikir Untuk Zikir


JUDUL: Nota Fikir Untuk Zikir
Kategori: Motivasi
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 184 ms
ISBN : 978-983-097-260-2
Harga : RM 19.0
  _____________________________________________________


SINOPSIS

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.

Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.

Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak 'fikir' dan 'zikir' pembaca - langkah kecil yang diharapkan
dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan 'fikir' dan 'zikir' ummah.

'Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.' Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:



Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu - Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.


Bahagian 2: Berguru dengan Alam - Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.


Bahagian 3: Kata Dikota - Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya
mampu mengubah jiwa!
_____________________________________________________

  Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...