Judul: Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
ISBN: 978-983-097-716-4
Kod: GB0482
Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Tebal: 176 ms
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-097-716-4
Kod: GB0482
Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Tebal: 176 ms
Harga: RM 25.00
_____________________________________________________
SINOPSIS
Setiap
pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat
mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga
kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada
yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul.
Insya-Allah,
buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang
cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu. Antara perkara PERLU TAHU
yang ada dalam buku ini:
• Panduan untuk Hamil
• Merancang Jantina Bayi
• Perkembangan Janin
• Rangsangan Sensori Prenatal
• Makanan Terbaik untuk Kehamilan
Bukan itu sahaja, turut diperjelaskan:
• Kompilkasi kehamilan
• Pendarahan Sewaktu Awal Kehamilan
• Pendarahan Peringkat Akhir Kehamilan
• Toksemia Kehamilan
• Mencegah Keguguran
• Mengatasi Kecacatan Bayi
dan banyak lagi.
TENTANG PENULIS:
Prof
Dato’ Dr. Hamid Arshat lahir pada 4 Januari 1945. Berkahwin dan
memiliki lima orang anak dan 12 orang cucu. Berkelulusan MBBS (Malaya)
1970, MRCOG (London) 1976 dan FRCOG (London) 1987.
Bekas
penuntut Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (1960- 1964) ini memulakan
kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Melaka sebaik tamat
pengajian pada April 1970.
Pada
Oktober 1972, beliau berpindah ke Hospital Universiti, Petaling Jaya
dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur pada Julai 1973.
Bermula
Februari 1974 – Januari 1976, beliau berkhidmat pula di University of
Southampton, England, sekali gus menamatkan pengajian dan lulus sijil
MRCOG.
Sekembali
ke tanah air pada Februari 1976, beliau menjawat jawatan Pensyarah di
Jabatan Obstetric & Gynaecology, UKM. Pada 1 Mei 1983, beliau
dilantik sebagai Profesor di Jabatan Obstetrics & Gynaecology, UKM.
Pada 1985, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (1985–1989).
Kini,
beliau adalah Pengerusi Yayasan Jabal Nur (YJN) (bermula Januari 2014
hingga sekarang). Selain itu beliau juga adalah Konsultan di Klinik Dr
Hamid Arshat dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (bermula Februari 1989
hingga sekarang). Kepakaran khusus beliau ialah dalam bidang kesuburan,
kemandulan dan kesihatan wanita.
Projek
terkini beliau ialah program Timang Plus untuk menghasilkan ibu bapa
cemerlang dan anak-anak genius yang dianjurkan bersama Yayasan Jabal Nur
dan Aktifotak.
No comments:
Post a Comment