JUDUL: FORENSIK KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-798-0
Kod: GB0549
Penulis: Zaidi Ismail
Tebal: 216 ms
Harga: RM30
_____________________________________________________
SINOPSIS
Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau
hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya
cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang
mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi
hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan
cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
Biar
siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan
daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu
dan kemahiran tersebut.
Bagi mewujudkan masyarakat yang
kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu
belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat.
Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat
juga akan menjadi kuat.
Bagi yang masih bujang, inilah
masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah
peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.
Jika
saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan
setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis
perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi
jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa
pun mampu melakukan lebih baik daripada saya.
Setiap
daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan,
emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan
impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment