CELIK MATA HATI
ISBN: 978-983-097-805-5
Kod: GB0553
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 248 ms
Harga: RM25
ISBN: 978-983-097-805-5
Kod: GB0553
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 248 ms
Harga: RM25
SINOPSIS
Di
tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini, masih ramai yang
lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet teknologi
berbanding persoalan hati.
Betapa
ramai manusia yang lebih serius untuk servis keretanya berbanding
‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan dihias dengan pelbagai
aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat.
Justeru,
tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang
terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.
Manusia
seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai soalan tanpa jawapan.
Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam kembali menjadi cara
hidup, bukan semata-mata cara mati.
Buku ini akan memperlihatkan keterkaitan (linkage) yang kukuh antara hubungan dengan Allah dan manusia, ibadah dengan kerja, laba dengan pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat.
Insya-Allah,
buku pertama dalam Modul Mukmin Profesional ini akan memfokus kepada
Mukmin Profesional, Hidup Cemerlang dengan Memberi, Erti Kecemerlangan
Dunia dan Akhirat, Sikap Positif Penentu Kejayaan dan Kesedaran Celik
Mata Hati.
TENTANG PENULIS:
Berpengalaman
lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta
dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi
Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya,
beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan
pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam.
Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen
dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan
kacamata Islam.
Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan
mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio
IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak
membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas
merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam
pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat.
Lahir
di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara
seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau
aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak
buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi,Laba Di Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment