JUDUL: Diet Mak-Mak
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB0541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms
Harga: RM30
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB0541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms
Harga: RM30
_____________________________________________________
SINOPSIS
Semua
ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak
yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada
ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga
dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.
Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua
ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber
nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara
eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya.
Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam.
Adakalanya
tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu
dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering
dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu
ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang
tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.
Namun,
ada tikanya kerana anak itu adalah keutamaan, ibu sering terlupa yang
mereka itu adalah matahari di dalam sistem suria keluarga. Makan dan
minum tidak terjaga baik demi kelangsungan anak dan suami.
Justeru,
setelah hampir enam tahun penulis memberikan ceramah di kelas
antenatal, banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu-ibu. Persoalan yang
kadangkala nampak remeh tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar
dalam kehidupan. Penulis menyedari, ibu-ibu ini tidak punya rujukan
bagaimana mahu melalui alam kehamilan ini dengan manisnya.
Maka, naskhah Diet Mak-mak ini,
ditujukan khas buat semua mama, mak, ibu, umi di luar sana yang
kasihnya seluas langit, cintanya sedalam lautan tak bertepi. Moga
coretan rasa ini menjadi panduan buat ibu-ibu di luar sana menjaga
pemakanan demi keluarga tercinta.
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment