Judul: Keluarga Idaman Syurga
Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB0538
TEBAL: 360 ms
HARGA: RM 30
_____________________________________________________ Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB0538
TEBAL: 360 ms
HARGA: RM 30
SINOPSIS:
Membina
rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan
keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang
tidak dapat dielakkan.
Panduan
untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga
berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini.
Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan
rumah tangga.
Buku
ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan
masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan
penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.
KANDUNGANMuqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.
BAB 2 PEMAHAMAN
Memahami Naluri Saling Melengkapi, Ikhlas dalam Rumah Tangga, Sabar dalam Rumah Tangga, Larangan Bersangka-sangka dalam Rumah Tangga, Izin dalam Rumah Tangga, 10 Perkataan dalam Rumah Tangga, dan lain2
BAB 3 TINDAKAN
Bagaimana Membina Sebuah Rumah Tangga, Menjadi Suami Berwatak Rijal, Panduan Ketika Dicaci, Bagaimana Memasuki Dunia Pasangan, Bagaimana Menegur Isteri, Bagaimana Melembutkan Ketegangan, Bagaimana Membentuk Romantik dan lain2 lagi.
TENTANG PENULIS
Al-Amin
adalah nama dalam kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada
umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian ke Maahad Muhammadi,
Kelantan dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan.
Semasa di Kelantan
sering berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
Meneruskan pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang
Syariah dan Undang-Undang, seterusnya ke Maahad Ihsaniah Penang dalam
program berkembar al-Azhar. Diterima masuk ke Universiti al-Azhar,
Kaherah dalam Kuliyyah Syariah untuk tahun akhir. Sekembalinya,
mengambil diploma profesional, Diploma Administration of Islamic
Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang
melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-undang Syariah di Malaysia.
Kemudian membuat Master di Universiti Malaya dan Master kedua di UIAM.
Kini menulis di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia. Pernah
menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula
2003 merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil
sanad dengan ulama yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki,
Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau aktif dalam sukan selam scuba bermula 2013 dan memiliki sijil Instruktor tertinggi (Course Director). Mengetengahkan selam scuba sebagai medium dakwah.
Mengasaskan
Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi. Giat memberikan
perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, televisyen dan radio.
Giat menulis buku di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 1436H/ 2015M.
Terlibat
secara aktif dengan program dan bantuan ke Palestin, bersama-sama
dengan misi kemanusiaan seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di
Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan
lain-lain. Mengasaskan Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah
anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim di Puchong dan bersama
Yayasan al-Ijabah dalam program amal.
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment