_____________________________________________________
SINOPSIS:
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga
Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur
ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan
bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin.
Kehidupan
baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum
ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan.
Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.
Gangguan
yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah
lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk,
hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu
dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami
oleh keluarga Adam Syakir.
Tanpa
pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan
Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya
dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi
kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah
perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut
semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,
Gangguan jin Lamashtu yang
telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar
membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji.
Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang
sangat mengerikan.
TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar, Ahmad
Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan
undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri.
Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan
sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa
anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.
Novel
Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan
penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam
genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam,
tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.
_____________________________________________________Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
No comments:
Post a Comment