Mr. Mama
ISBN: 978-983-097-764-5
Kod: GB0523
Penulis: Shahrul Zaman Lukman, Dr. Mohd Khamizi Aziz, Kushairi Ismail
Tebal: 136 ms
Harga: RM15.00
Harga: RM15.00
_____________________________________________________
Kisah
tentang lelaki hebat yang sanggup menjadi ‘suri rumah’. Ini kisah-kisah
bapa penyayang. Ini adalah kisah-kisah hero yang tidak didendang!
Mereka
bertiga adalah lelaki berkarier yang akhirnya memilih untuk melindungi
dan membantu keluarga dengan cara mereka. Masing-masing punya alasan dan
situasi yang berbeza-beza, namun yang pasti ketiga-tiga mereka
menyandang jawatan yang sama – MR MAMA!
Sebenarnya,
ada banyak sebab mengapa kisah-kisah ini perlu dibukukan. Pertama untuk
membuka ruang pemikiran masyarakat kita tentang peranan dan pengorbanan
seorang suri rumah yang sering kali dipandang remeh. Ya, adakalanya,
para suami perlu berada ‘dalam kasut’ isteri, jika mahu menjadi seorang
yang lebih memahami.
Selain
itu, ia diharap menjadi inspirasi kepada satu kelompok lelaki di luar
sana yang masih terkapai-kapai mencari kerjaya dan akhirnya memilih
untuk menjadi seorang suami yang gagal serba-serbi. Semoga ia akan
menyuntik inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang berguna.
sementara masih tidak mampu memberi nafkah kepada keluarga, ringankanlah
tugas isteri dengan turut sama melakukan kerja-kerja rumah tangga!
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
No comments:
Post a Comment