MAK CIK BAWANG POSITIF
ISBN: 978-983-097-818-5
Kod: GB0562
Penulis: Aishah Abdul Rahman
Tebal: 136 ms
Harga: RM15
_____________________________________________________ISBN: 978-983-097-818-5
Kod: GB0562
Penulis: Aishah Abdul Rahman
Tebal: 136 ms
Harga: RM15
SINOPSIS
Mengapa
mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk
terus menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik,
dengan cara yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar sangat
menegur manusia, tidak perlu mengutuk sesiapa.
Berkongsilah
kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan
cara yang betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri.
Boleh sebenarnya! – BONDA NOR
Buku
ini digarap berdasarkan situasi-situasi yang biasa berlaku di
sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari sudut pandang yang positif dan
teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang berlaku bukan ‘saja-saja’
ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah. Segalanya ada hikmah.
Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’
menceritakan aib.
Mengetengahkan
konsep penceritaan yang ringkas dan santai. Tidak perlu masa tertentu
untuk fokus menghadam intipatinya. Boleh dibaca di mana-mana. Sesuai
bagi pembaca yang selalu sibuk sehinggakan kadang-kadang ‘beli buku tapi
tak sempat baca’.
Mak Cik Bawang Positif - sentiasa bermujahadah mencari syurga Allah SWT.
Tentang Penulis:
AISHAH ABDUL RAHMAN berasal
dari Pendang, Kedah dan kini menetap di Kajang, Selangor. Mula berjinak
dalam bidang penulisan pada tahun 2008 sehingga terbitnya naskhah
pertama bertajuk Sukses dalam Karier untuk Muslimah (PTS Millennia).
Penulis juga pernah terlibat dengan kolaborasi untuk antologi Blur
(Galeri Ilmu), antologi Clear (Galeri Ilmu) antologi Sedetik.doc (Metro
Media) dan sebuah antologi cerpen kanak-kanak bertajuk Terima Kasih, Ibu
(DBP).
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment