HIDUP BIAR SMART
ISBN: 978-983-097-810-9
Kod: GB0558
Penulis: Liza Suhana Ramli
Tebal: 154 ms
Harga: RM15
ISBN: 978-983-097-810-9
Kod: GB0558
Penulis: Liza Suhana Ramli
Tebal: 154 ms
Harga: RM15
_____________________________________________________
SINOPSIS
Catatan
ini ditulis genap 15 tahun penulis menyandang gelaran sebagai pendidik.
Ya! Isu-isu remaja amat dekat dengan penulis sejak sekian lama.
Pelbagai
cerita pahit manis yang ditempuhi oleh siswa dan siswi telah penulis
saksikan. Mendepani ragam remaja yang kian menginjak dewasa ini
meninggalkan seribu satu kisah yang di antaranya menjadi garapan untuk
habuan mata dan hati masyarakat di luar sana.
Cabaran
berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru
menjadi titik permulaan yang penting dalam kehidupan di kampus. Bagi
yang kukuh iman di hati dan pandai membawa diri, tidak akan semudahnya
menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak pula mudah terbuai
dengan keseronokan yang terhidang di depan mata.
Pilihlah
sahabat yang jelas hala tuju dunia dan akhiratnya. Jangan mudah
terpedaya dek cinta yang belum pasti berakhir menjadi jodoh. Elakkan
diri daripada terjebak dengan pergaulan yang tidak sihat yang bakal
mengundang mudarat. Uruslah emosi sendiri supaya mudah meniti jalan yang
bakal ditempuhi. Jaga akhlak yang menjadi cerminan peribadi. Tetapkan
matlamat dan tingkatkan usaha untuk menggapai kejayaan yang diimpi.
ALU-ALUAN
“Buku
yang penuh dengan nasihat dan perkongsian pengalaman serta ilmu.
Bermula dengan cabaran berdikari dan pelbagai pengalaman hidup dari alam
percintaan sehinggalah perubahan dan tekanan emosi dalam menangani
cabaran hidup, penulis telah mengheret kita lebih jauh dalam mendalami
erti kehidupan. Realiti dalam kehidupan disentuh dalam bentuk cerita
yang mampu menonjolkan mesej yang ingin disampaikan.”
- DATO PROF. DR. HJ. MOHD IDRUS HJ. MOHD MASIRIN
“Penulis
telah menyajikan 28 kisah benar yang ditulis dengan berlatarbelakangkan
sebuah institut pengajian tinggi negara. Penulisan dengan gaya bahasa
yang bersahaja diperkukuhkan pula dengan hadis sahih, cerita daripada Al
Quran dan kisah para Nabi serta pesanan cendekiawan pasti akan
menggamit pembaca untuk terus membaca sehingga helaian terakhir. Uniknya
buku ini kerana ia dapat diangkat sebagai sebuah naskhah motivasi.
Penceritaan dengan nada yang santai tetapi intinya menyengat di hati.”
- YUSMA YUSOF
Tentang Penulis
Liza
Suhana Ramli adalah seorang pensyarah di Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah, Kulim, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM).
Anak
sulung kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini berkecenderungan
dalam isu meningkatkan motivasi remaja dan pernah terlibat dalam
beberapa program motivasi pelajar. Beliau juga merupakan salah seorang
perantis Akademi Bonda Nor yang diasaskan oleh penulis buku motivasi
terkenal tanah air, Bonda Nor.
Kecintaan
beliau terhadap bidang penulisan telah membuahkan hasil dengan
terbitnya buku solo pertama Oh, My Students! dan diikuti dengan buku
antologi, Rencah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan. Terkini, beliau tampil
dengan buku antologi Siri Bercakap Dengan Cermin dan buku solo
terbaharu, Hidup Biar Smart terbitan Galeri Ilmu Media Group.
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment