Judul: Akidah Ahli Iman
Penulis: Dr. Ayman Al-Akiti
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-763-8
KOD: GB 0521
TEBAL: 80 ms
HARGA: RM15.00/ RM17.00
Penulis: Dr. Ayman Al-Akiti
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-763-8
KOD: GB 0521
TEBAL: 80 ms
HARGA: RM15.00/ RM17.00
_____________________________________________________
SINOPSIS:
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan (Akidah
Ahli Iman Yang Dikarang untuk Mengajar Para Wanita dan Kanak-kanak). Ia
antara kitab ilmu akidah yang masyhur khususnya di Maghribi.
Kitab
ini mengandungi matan yang menerangkan tentang ketuhanan, kenabian,
perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan tanda-tanda kiamat seperti
terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s.
Ia
menggunakan pendekatan ilmu akidah yang mudah dan dasar sahaja
berpaksikan akidah Asy‘ariyyah yang merupakan manhaj Ahli Sunnah wal
Jamaah.
KANDUNGAN
- Panduan Transliterasi
- Mukadimah
- Kata Pengantar
- Biografi al-Sharif ‘Abd al-Qadir al-Fasi al-Fihri
- Pengenalan kitab Akidah Ahli Iman
- Ijazah Periwayatan Kitab Akidah Ahli Iman ‘Abd al-Qadir al-Fasi
- ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan
Daftar Pustaka
Tentang Penulis:
Lahir
dan membesar di Kuala Lumpur, beliau memulakan pendidikan sekolah
rendahnya di SK Bukit Damansara. Ketika berumur 13 tahun, beliau
mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di
beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren
dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kediri, Jawa
Timur, beliau dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat
selama 6 tahun. Pada masa itu, beliau juga aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail,sebuah forum muzakarah fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama.
Beliau
menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah
Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri/STAIN (kini Institut Agama Islam
Negeri atau IAIN) Kediri, peringkat Sarjana di Universiti Hassan II,
Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama di Islam Barat dan
seterusnya pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin,
Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin.
Ketiga-tiganya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama.
Di Maghribi, Dr. Ayman al-Akiti aktif mengajar mahasiswa mahasiswi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta‘lim dengan
nama Pondok Jawi Maghribi yang bertempat di Sale, Maghribi. Dr. Ayman
juga aktif membentang kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa di
serata Maghribi, Nusantara dan Eropah.
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
No comments:
Post a Comment