Thursday, August 27, 2020

Kompilasi Komik Godaan Syaitan 1, 2, 3, 4, 5

JUDUL: Kompilasi Komik Godaan Syaitan 1, 2, 3, 4, 5
ISBN: 978-983-097-663-1
Kod: GB0438
Penulis: Pakcik Bad
Harga: RM15/ RM17 SS
Berat sebuah: 0.19 kg (190 gm)

_____________________________________________________



SERANGAN PONTIANAK adalah siri Kompilasi 1 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh sejak 1998. 

Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini sarat dengan ilmu, pengajaran dan padat dengan mesej. 

Kisah kisah hantu syaitan didalam buku ini dibawa secara santai, humor dan mudah difahami oleh kanak-kanak.

SERANGAN PONTIANAK mengumpulkan 29 komik Godaan Syaitan. Memang rugi kalau tak beli.


Antara cerita yang menarik dalam siri ini:

> Azam syaitan

Masuk saja tahun baru semua orang ada azam baru. Tapi azam syaitan tak berubah sejak dahulu…iaitu mahu menyesatkan manusia seramai mungkin. Fudhail pun ada azam baru iaitu mahu menjadi budak yang lebih baik tetapi syaitan pasti mahu menggagalkannya. Maka berlakulah ‘perang’ antara Fudhail dan Syaitan! Siapakah yang menang?

> Hikmat tangkap lentok.

Ianya kisah sekumpulan anak-anak yang sedang belajar fardu ain disurau pada suatu pagi hari minggu. Syaitan pula bersungguh-sungguh nak mengganggu mereka. Dilalaikan Fahmi dan Najmi agar teringatkan kartun Naruto kat TV lah, dicucuknya pinggang Zainal supaya sakit pingganglah, malah ditiupnya mata Feeza, Nija dan Anisah supaya mengantuk dan sebagainya. Apa kesudahannya?

> Hantu Kartun

Ini kisah Rizal yang mula ketagih tengok cerita kartun di TV. Apalagi syaitan pun memasukkan jarum hasutannya. Akibatnya solat Rizal sering terlewat, homework sering tak siap malah makan pun terkejar-kejar kerana tak mahu melepaskan peluang tengok cerita kartun diTV. Gembira betul Syaitan.
 


GENG PUAKA adalah siri kompilasi 2 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. 

Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini berputar mengenai 2 ekor syaitan yang tak henti-henti menipu dan menghasut kanak-kanak supaya menjadi budak jahat dan nakal. 

Awasi tipuan syaitan, kerana mereka musuh mukmin no 1.

GENG PUAKA mengumpulkan 28 komik Godaan Syaitan. Menang membeli menang membaca!


Antara cerita yang menarik dalam siri ini,

> Bola ajaib     

Ianya kisah Fazril yang suka sangat main bola. Apa lagi syaitan pun mengambil peluang menghasut dan menipu Fazril sampai sanggup mungkir janji nak tolong ibunya semata-mata nak main bola. Kerja sekolah pun sering terabai apatah lagi ibadah seharian. Hmm, memang bola itu dah dijampi oleh syaitan kot?

> Rahsia syaitan

Pak Cik Bad mengorek rahsia syaitan yang jarang anak-anak tahu. Seperti Syaitan kecewa dengan orang yang memberi salam sebelum masuk kerumah kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh menumpang masuk. Syaitan tak suka orang yang membaca Al fatihah, ayat kursi dan surah An-nas sebelum tidur kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh mengganggu orang itu dan banyak lagi rahsia syaitan. Jom korek rahsia syaitan!

> Ish ish tak bestnya!

Ini kisah syaitan bila bulan Ramadan hampir tiba. Syaitan yang membenci bulan Ramadan kerana mereka akan diikat ( tidak boleh menghasut manusia lagi) akan menggunakan peluang sebelum Ramadan untuk melipatgandakan lagi usaha menghasut dan menggoda kanak-kanak agar menjadi lebih jahat. Jangan dengar bisikan syaitan!


KELAB HANTU adalah siri kompilasi ke-3 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini sarat dengan ilmu, pengajaran dan mesej yang sangat berguna buat semua manusia baik kanak-kanak atau dewasa dalam menghadapi hasutan, godaan atau tipuan syaitan yang sangat licik menjalankan tugasnya.

KELAB HANTU mengumpulkan 27 komik Godaan Syaitan. Berbaloi sungguh dengan nilai harganya.


Antara cerita yang menarik dalam siri ini

> Baik yang sia-sia

Ianya kisah Faizal yang sering dihasut oleh Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk agar selalu menunjuk-nunjuk bila membuat baik kepada rakan-rakan sekolahnya. Amalan mencari sanjungan rakan dan tidak ikhlas ini menyebabkan ianya kosong dari pahala. Buat baik banyak-banyak tapi tak dapat pahala. Sia sia kena tipu dengan syaitan. Kasihan kat Faizal kan?

Kelab rakan syaitan.

Ini kisah Tina, seorang gadis comel yang menjadi kesayangan Syaitan kerana dia seorang budak yang pemalas. Susah sangat nak tolong ibunya malah membiarkan ibunya membuat kerja dapur keseorangan. Titik perubahannya bermula bila Tina menumpang dirumah sepupunya Azni. Azni sering membantu ibunya didapur malah sangat menghormati ibunya. Tina akhirnya sedar dengan kesilapannya dan menjadi anak yang baik dengan ibubapanya. Syaitan frust menonggeng!

Haha…gerenti tertolak!

Kisahnya mengenai Azli. Pelik betul bila Syaitan tak pernah kacau Azli solat atau berwuduk! Sebabnya Azli tak belajar dan cuai langsung tentang ilmu Fardu ain baik solat atau wuduk menyebabkan amalannya sia sia dan tertolak! Waktu makan pun syaitan tak kacau sebab syaitan tahu makanan yang Azli makan banyak dari sumber yang haram. Tapi bila Azli sedar dan ingin mendalami ilmu agama, syaitan mula pening kepala!



_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Sunday, April 7, 2019

CELIK MATA HATI


CELIK MATA HATI
ISBN: 978-983-097-805-5
Kod: GB0553
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 248 ms 
Harga: RM25
_____________________________________________________



SINOPSIS

Di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati. 

Betapa ramai manusia yang lebih serius untuk servis keretanya berbanding ‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat. 

Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.

Manusia seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai soalan tanpa jawapan. Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam kembali menjadi cara hidup, bukan semata-mata cara mati.




Buku ini akan memperlihatkan keterkaitan (linkage) yang kukuh antara hubungan dengan Allah dan manusia, ibadah dengan kerja, laba dengan pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat.

Insya-Allah, buku pertama dalam Modul Mukmin Profesional ini akan memfokus kepada Mukmin Profesional, Hidup Cemerlang dengan Memberi, Erti Kecemerlangan Dunia dan Akhirat, Sikap Positif Penentu Kejayaan dan Kesedaran Celik Mata Hati.












TENTANG PENULIS:
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam.

Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat.



Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi,Laba Di Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.


_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Saturday, April 6, 2019

206 Permasalahan Puasa

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9

206 Permasalahan Puasa
 
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-802-4
Kod: GB0550
Tebal: 176 ms
Harga: RM 18
_____________________________________________________


SINOPSIS
​​
Buku ini mengandungi 14 bahagian yang merangkumi 206 permasalahan berkaitan puasa. Setiap permasalahan dirungkaikan dengan ringkas dan padat dengan disertakan kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i  yang menjadi rujukan penulis.

Antara permasalahan yang diberi pencerahan dalam buku ini:

  • Kadar kepayahan yang membolehkan tidak berpuasa.
  • Hukum menelan kahak.
  • Keadaan perempuan hamil dan perempuan yang menyusukan anak.
  • Puasa pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis.
  • Qadha’ puasa untuk orang yang telah meninggal dunia.
  • Cara membayar fidyah.
  • Puasa tetapi tidak solat.


_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

RAGAMAN RAMADAN

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9


RAGAMAN RAMADAN
ISBN: 978-983-097-814-7
Kod: BP0042
Penulis: Abeben, Imanimex & Baman
Tebal: 128 ms
Harga: RM13 

_____________________________________________________



SINOPSIS


Bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai ragam manusia dalam menjalani ibadah puasa. Ada yang berusaha untuk menjadi lebih baik, ada yang berusaha melawan nafsu, ada juga yang menjadi syaitan pada bulan Ramadan. Nauzubillah.



Komik Ragaman Ramadan merupakan komik yang menggabungkan 3 pelukis iaitu ABEBEN, BAMAN dan IMANIMEX dengan harapan, komik ini akan memberi manfaat dan santapan rohani untuk pembacanya.




Tentang Penulis: 

ABEBEN


Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Merupakan siswazah dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation dari universiti di United KingdomBeliau juga adalah ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.
  
Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah Mimpi Bintangku, Mimpi Bintangku 2, antologi komik: Gen Y, Yolo & Sifu, Godcentric 1 & Godcentric 2.
IMANIMEX
.
.
Imanimex berasal dari Jeli, Kelantan dan telah menamatkan pengajian sebagai seorang Guru dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa komik iaitu Kompilasi Komik Dakwah Tarbiyyah Imanimex 1 & 2 dan Komik Tarbiyyah No Namida.
 

Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah komik berwarna Seriuslah! dan Ragaman Ramadan pula merupakan karya terbaharu. 
BAMAN


Pemilik nama sebenar Muhammad Luqman merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. KomikOn The Way  terbitan BUKU PURIS  merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari BaMan berkolaborasi bersama AbeMat Usul. Sementara, komik Ragaman Ramadan ialah kolaborasi bersama Abebben dan Imanimex.


_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

ALLAH ITU DEKAT

https://photos.app.goo.gl/j3UjQYyk7bySKarU9

ALLAH ITU DEKAT
ISBN: 978-983-097-815-4 
Kod: GB0557
Penulis: The Bingkisan Hati
Tebal: 176 ms 
Harga: RM20

 _____________________________________________________



SINOPSIS



Buku ALLAH ITU DEKAT dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati adalah buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Allah Itu Dekat adalah sebuah karya motivasi yang menitipkan pesan dan nasihat tentang roda kehidupan yang sedang kita jalani. 

Ia menyentuh pelbagai ujian hidup dan bagaimana cara kita mengawal keadaan, bagaimana kita berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Kerana hidup yang teruji bukan untuk menyerah tetapi untuk diperjuangkan. Seharusnya tiada istilah putus asa dalam kamus kehidupan. Apa pun yang singgah, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Buat insan yang pernah kecundang berkali-kali dalam hidup, karya ini khusus buat kalian. Moga karya sederhana ini mampu menjentik hati dan memberi motivasi hidup. Mampu memberi kekuatan dan menghidupkan semangat yang telah lama luntur. Selamat membaca buku Allah Itu Dekat. Moga ada sesuatu yang kalian perolehi di dalam karya ini.



Tentang Penulis:

Thebingkisanhati meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.



Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan ALLAH ITU DEKAT iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada serta Cukuplah Allah Bagiku.













_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!



 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...