Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel
ISBN: 978-983-097-817-8
Kod: GB0543
Penulis: Abdul Muiez Ruslee
Tebal: 136 ms
Harga: RM15
KOMENTAR 1
Baca
tajuk LAYAN CK MEMBEBEL, rasa macam 'Dah, kenapa pula aku kena layan
dia ni membebel? Bukannya dia artis atau DJ radio pun! Pakar motivasi
pun tidak!'
Tapi
apabila mukasurat demi mukasurat mula diselak, alhamdulillah, fahamlah
saya bahawa di sebalik celoteh sempoi dan 'leklek brader' yang digunakan
oleh penulis, terkandung mesej demi mesej yang sangat penting.
Sebagai
seorang guru kaunseling, segala onar dan onak duri zaman remaja berada
di dalam tangannya. Maka naskhah ini bukanlah bebelan yang membibitkan
bosan, sebaliknya secara bersahaja penulis pintar membawa pembaca untuk
akur menerima kenyataan dan bijak mengatur langkah untuk mula membina
kejayaan.
Ini
rangkaian cerita seorang guru kaunseling tentang realiti dunia remaja
yang disampaikan dalam kepelbagaian bentuk penulisan. Santai dan serius
bersilih ganti. Tahu-tahu sudah tamat pembacaan. Dan diam-diam, ada hati
yang tersentuh dan minda yang semakin matang menilai kehidupan.
Satu karya membebel yang sukses. Tahniah CK!
~BONDA NOR/ Penulis Buku Bestseller
KOMENTAR 2
Saat
kau rasa kau down, kau malas nak dengar orang membebel. Tapi, kau
perlukan kata-kata semangat dari orang untuk tolak kau naik. Bila baca
CK membebel, semangat yang hilang tadi, terus mendesup naik.
~Ruqayyah Muhd / Penulis buku Diet Mak-Mak
KOMENTAR 3
Motivasi
adalah ubat kepada kemalasan. Kadang-kadang kita tidak sedar, ada
ketika kita berada pada malas. Tapi dengan suntikan motivasi dan
dorongan, sikit demi sedikit rasa malas itu terbang menghilang. Buku CK
Membebel, bukan biasa-biasa. Membebel demi kebaikan. Tahniah Cikgu
Kesayangan kalian.
~Nor Asmawati Yusop/ Guru
TENTANG PENULIS:
Abdul
Muiez Ruslee, merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK
Sungai Besar, Selangor. Setelah lebih 12 tahun bergelumang dengan dunia
motivasi dan latihan, beliau merasakan, ada sesuatu yang perlu dikongsi
dengan ribuan pelajar di luar sana.
Pengalaman
guru yang mempunyai Ijazah Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah
daripada Universiti Sains Islam Malaysia, menyantuni pelajar di sekolah
menengah, menjadikan beliau kaya dengan pengalaman. Bukan sahaja
cerita-cerita yang meningkatkan motivasi, tetapi juga kisah-kisah yang
sarat dengan tauladan.
Selain
buku ini, penulis juga telah menulis beberapa buah buku lain seperti
Aku Terima Cintanya, Mandala Anak Merdeka, Henshin Budak Dari Neraka,
Check in Check out Kembara HKL, Pantang Menyerah, Blur, Clear, Up to You
dan banyak lagi.
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment