Kilas Dalam Kias
ISBN: 978-983-097-770-6
Kod: GB0529
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 272 ms
Harga: RM 25.00
SINOPSIS
Profesor
Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu
menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”
Berdakwah
dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan
hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog,
pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh
kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang
terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.
Buku
KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah
menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la
memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan
terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni
dan santai.
.
.
.
.
Ya,
dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan
usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca
untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana
pula cara untuk membetulkannya.
.
.
.
.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.
.
.
KATA PENGARANG:
Ketika
Nabi Musa a.s. ingin bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang
cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang
sangat derhaka itu. Ketika Firaun sudah tiba kepada puncak kederhakaan
dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”, Allah tetap
berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memperingatkannya dengan
lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha 20: 44)
Dakwah
mesti dilaksanakan dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian
watak, keadaan dan realiti yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun,
prinsip asasnya tetap tidak berubah yakni kasih sayang. Justeru, kasih
sayang itu ialah buah kepada iman. Maka menyeru kepada iman, harus
dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.
Kasih
sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah yakni
hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik. Pada
golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada golongan yang
sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik.
Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang
baik.
_____________________________________________________Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!
No comments:
Post a Comment