Thursday, November 22, 2018

Ratib Al-Haddad (berserta huraiannya)

Judul: Ratib Al-Haddad
Penulis:
 Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori:
 Fardu Ain
ISBN:
 978-983-097-745-4
KOD: 
GB0507
TEBAL:
 152 ms
HARGA
: RM15.00/RM17.00
_____________________________________________________

Ratib al-Haddad adalah antara amalan Ratib yang sangat terkenal dan telah diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Oleh kerana kemasyhuran dan keberkatan Ratib ini, ia juga dikenali dengan nama Ar-Ratib asy-Syahir (Ratib yang Termasyhur).

Nama Ratib ini merujuk kepada nama penyusunnya iaitu al-Imam al-Habib as-Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Hadhrami, yang masyhur dengan nama Imam Abdullah al-Haddad, seorang ulama besar dari Yaman berketurunan Rasulullah SAW.



Riwayat hidupnya disertakan agar sesiapa yang mengamalkan Ratib ini lebih mengenali dan mencintai Ahli BaitRasulullah SAW ini dan mencontohi sirah kehidupan dan akhlak peribadi beliau yang tinggi dan luhur.

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Sunday, November 4, 2018

Diet Tanpa Stres


Judul: Diet Tanpa Stres
ISBN: 978-983-097-760-7
Kod: GB0513
Penulis: Arif Syukri (Ustaz Fitness)
Tebal: 240 ms
Harga: RM30.00

_____________________________________________________




Sinopsis

Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya.


Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan.


Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu.


Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti.


Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.



TENTANG PENULIS:


Arif Sukri berasal dari Jitra, Kedah dan di lahirkan pada tahun 1992. Seorang graduan dari Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia di bidang Usuluddin. Pernah tergolong di kalangan manusia yang mempunyai masalah obesiti dan pernah mencapai berat badan maksimum 125 kg. Berjaya menurunkan berat badan tanpa suplemen atau ubat kurus dan berdiet dengan cara sihat kepada 75 kg. Kisah beliau pernah viral di media sosial dan pernah diundang ke Astro Awani sempena Hari Sukan Negara. Begitu juga akhbar Harian Metro yang pernah menerbitkan kisah kejayaannya. Sekarang merupakan Jurulatih Kecergasan di bawah National Association for Strength & Conditioning Research (NASC)


_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123





Saturday, October 27, 2018

UBAT DARI DAPUR





Judul: ‘Ubat’ Dari Dapur
ISBN: 978-983-097-759-1
Penulis: Dr Suri Roowi
Kod: GB0514
Tebal: 136 ms
Harga: RM 25.00
_____________________________________________________

SINOPSIS
Makanan yang berasaskan sumber alam di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat.

Bermula dengan makanan asas kita setiap hari seperti nasi dan gandum, semua jenis makanan itu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Jadi kita haruslah bijak membuat pilihan.

Demikian juga dengan minuman dan pemanis haruslah mengikut jenis dan kadar yang bersesuaian.

Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca yang mengutamakan nilai kesihatan. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita beribadah kepada Allah.



KANDUNGAN


Kata Pengantar
Pengenalan
Bab 1 Sumber makanan asas berkhasiat.
Bab 2 Minuman berkhasiat.
Bab 3 Buah-buahan berkhasiat.
Bab 4 Sumber manisan berkhasiat.
Bab 5 Minyak pati dan aroma terapi.
Bab 6 Khasiat pewarna asli.
Bab 7 Sayur-sayuran dan ulam-ulaman berkhasiat.
Bab 8 Khasiat ramuan makanan.
Bab 9 Herba berkhasiat.
Bab 10 Pembungkus makanan yang mengandungi bahan berkhasiat.
Bab 11 Makanan dan penyakit.
Bibliografi


.
.
TENTANG PENULIS:


Dr Suri Roowi, sebelum ini adalah Saintis Prinsipal di Program Perekaan Makanan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. 
Telah 22 tahun berpengalaman sebagai saintis. Beliau banyak terlibat dengan analisis bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. 
Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan. 
Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh manusia. 
Sebelum ini beliau banyak bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIMfm. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Friday, October 26, 2018

Nota Pasca Haji

Judul: Nota Pasca Haji
Penulis: Roza Roslan / Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-753-9
Kod: GB0511 (kulit lembut)
Tebal: 240 ms
Harga: RM 25
_____________________________________________________

SINOPSIS

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Umrah ke satu umrah lainnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain syurga’.” (Riwayat Bukhari)
  

Ibadat haji wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup. Itu pun jika mampu. Lalu haji mabrur menjadi impian dan harapan setiap jemaah. Tiada balasan melainkan syurga.
Anugerah ini bersyarat. Ia perlu dirancang dan diusahakan. Malangnya tidak ramai yang bergelar ‘haji’ dan ‘hajah’ berjaya mengekalkan haji mabrur hingga akhir hayat.
Ada yang gagal sebaik sahaja pulang ke tanah air. Lihat sekitar. Sudah ada yang ‘tidak solat berjemaah di masjid’ bagi bagi si haji dan ‘tidak menjaga aurat’ bagi si hajah. Ini bukan perwatakan dan akhlak bakal ahli syurga. Jika di Tanah Suci, segala-galanya terpelihara, mengapa pulang ke tanah air kembali kepada watak asal?
Sangatlah rugi jika haji mabrur tidak dipertahankan kerana bagi kebanyakan orang peluang menunaikan haji hanya datang sekali.


KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: NOTA MKI
Bab 01 Belum Sampai Ajal
Bab 02 Bila Sampai Ajal?
Bab 03 Penghapusan Dosa
Bab 04 Rukun Islam
Bab 05 Mabrur
Bab 06 Perjalanan
Bab 07 Solat Berjemaah
Bab 08 Bangun Malam
Bab 09 Berpuasa Sunat
Bab 10 Bertaubat
Bab 11 Haji Bakhil
Bab 12 Orang Tersayang
Bab 13 Dewasa
Bab 14 Taman Syurga
Bab 15 Makkah dan Madinah

BAHAGIAN DUA: NOTA ROZA ROSLAN
Bab 01 Aku Bergelar Hajjah
Bab 02 Berjanji Pada Diri
Bab 03 Jihad Bagi Wanita
Bab 04 Solat Di Awal Waktu
Bab 05 Menjaga Aurat
Bab 06 Cahaya Al-Quran
Bab 07 Berdakwah
Bab 08 Mencari Damai
Bab 09 Berpuasa
Bab 10 Tahajud
Bab 11 Kaya Jiwa
Bab 12 Demi Masa
Bab 13 Di Situ Daku Bersujud
Bab 14 Bila Sampai Masanya
Bab 15 Hentian Terakhir

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Monday, October 1, 2018

Apa Khabar Iman?

Judul: Apa Khabar Iman?
ISBN: 978-983-097-752-2
Kod: GB0508
Penulis: Hisham AR
Tebal: 160 ms
Harga: RM18.00/ RM20.00 ss

_____________________________________________________

SINOPSIS

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Ash r.a., Rasulullah SAW bersabda,“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barang siapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit. Asalkan ilmu tersebut daripada al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Justeru, cuba tanya diri sendiri; Bagaimana aku boleh ambil bahagian dalam kerja dakwah?

Buku ini digarap agar memberi gambaran perihal gerakan jemaah Tabligh yang bergelanggang di jalan Allah bagi menyebarkan mesej dakwah ke serata alam. Ia turut disulami dengan kisah-kisah santai yang dilalui oleh penulis dan rakan seusaha dalam perjalanan mencari dan menyebarkan ilmu bermanfaat.


Kandungan:

Pengenalan

1.      Muqaddimah
2.      Bayan Firdaus
3.      Bayar Cash
4.      Jemaah Tabligh
5.      Aku Seorang Karkun
6.      Ijtimak Malaysia
7.      Sekitar Ijtimak
8.      Kerja Dakwah
9.      Sampaikan daripadaku Walau Satu Ayat
10.  Ijtimak Sri Petaling
11.  Blog Karkun
12.  Usaha Agama
13.  Adab Gash
14.  Berjaya kerana Agama
15.  Aku Masih Karkun
16.  Enam Perkara
17.  Kisah Anak Seorang Tabligh
18.  Ustaz Baru Masuk Islam
19.  Tanah Tinggi Pasi
20.  Syahid di Sabah
21.  Tabligh di Afrika Selatan
22.  Komuniti Hartawan dan Fiji
23.  Hidayah dari Vietnam
24.  Makmurkan Rumah Allah
25.  Manhaj Tarbiyyah
26.  Lampiran#1: Ikhlas Niat

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Tuesday, September 4, 2018

Pulangkan Kembar Puaka

Pulangkan Kembar Puaka
ISBN: 
978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah /  Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM 17.00/ RM 19.00
_____________________________________________________

SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA

PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.

   Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.

   Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
   Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua ini berlaku?


KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
   Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?
   Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?

PUAKA

Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

   Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

   Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.
 Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!


https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

https://www.instagram.com/galeriilmu_online/ 

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...