Pulangkan Kembar Puaka
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah / Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM 17.00/ RM 19.00
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah / Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM 17.00/ RM 19.00
_____________________________________________________
SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA
PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM
yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan
dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta
yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri,
dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.
Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan
yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat
dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan
tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap
malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.
Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan
kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi
Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga
kepada mereka yang berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop
Corporation. Mengapa semua ini berlaku?
KEMBAR
Azmira,
seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas
memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira
mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan
buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah
merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala
kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang
buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas,
bagaimanakah mereka berkomunikasi?
Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk
mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada
datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira
yang dipilih menerimanya?
PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu.
Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.
Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.
Mungkinkah
makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek
atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah
puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!