Friday, September 15, 2017

Throwback: Pujuklah Hati 5


JUDUL: THROWBACK 
PENULIS: Bonda Nor 
ISBN: 978-983-097-673-0 
HARGA: RM25.00/ RM 27.00 
TEBAL: 200 ms
________________________________________ 


THROWBACK, Pujuklah Hati 5

Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.
Kata orang …“Jangan pandang belakang.” 
Betul tu. Saya setuju! What past is past. 
Yelah … Buat apa nak fikirtentang perkara yang sudah lepas.
Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? 

Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati. 

Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap adagunanya. 

Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. 

Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya! Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. 

Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.

Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.


BICARA MASA DEPAN 

Sabda Rasulullah SAW:
1) Orang   yang   lebih   baik   daripada   semalam,   adalah   orang   yang   beruntung. 
2) Orang   yang   sama   saja   macam   semalam,   adalah   orang   yang   rugi.
3) Orang yang lebih buruk daripada semalam, adalah orang yang celaka. Baik, sekali lagi ... mari kita tanya sama hati. 'Apa   khabar   semalam   kita?   Lebih   baik,   lebih   buruk   atau   sama   sahaja?' 

'Adakah   kita   tergolong   dalam   kumpulan   manusia   yang   untung,   atau   rugi   atau   celaka?' Jawapannya tertakluk kepada persepsi kita sendiri. Mari  kita  pilih   untuk  menjadi   lebih  positif.   Semalam,  mungkin  terlalu  banyak  ujianberbentuk musibah yang kita terpaksa hadapi. Jangan pandangnya sebagai suatu kerugian.Pandangnya sebagai satu pertambahan ilmu. Tak kena, mana kita tahu, kan? 

Pandangnya sebagai   pertambahan   pengalaman.   Dah   kena,   baru   kita   mengerti   selok-belok   kehidupan. Bahkan daripada musibah itu, mungkin ada dosa kita yang telah dihapuskan. Mungkin jugadarjat iman kita telah ditingkatkan. Maka, bersyukur!

Semalam, mungkin kita telah kehilangan seseorang yang tersayang. Jangan pandangnyasebagai satu kerugian. Pandangnya sebagai satu cara yang telah Allah atur untuk membuatkita   lebih   dekat   dengan   Dia   dan   tidak   hanya   bergantung   kepada   kasih   sayang   manusia.Dalam   kubur   nanti,   kita   seorang   diri.  

Di   akhirat   nanti   juga   tiada   siapa   yang   akan   setiamemperjuangkan kita lagi. Kita terpaksa melalui segala-galanya sendiri. Maka, berlatih! 

Kawan, apabila kita jujur kepada diri kita sendiri, tentu kita terpaksa akui yang kita jugaada banyak melakukan kesilapan. Ada sesetengah perkara yang kita buat dahulu, hari ini kitasendiri terpaksa tunduk akur dan tidak bersetuju dengan tindakan itu.Ya,  manusia  tidak  lepas   daripada   melakukan  kesilapan.  Dan  kita  manusia.  

Akui  saja kelemahan   kita   dan   sedia   untuk   memperbetulkannya. Orang   lain   juga   manusia.   

Maka berlapang dadalah untuk menerima apa juga kesilapan dan kelemahan mereka. Kita mahuberubah menjadi lebih baik. Doakan orang lain juga menjadi lebih baik. Come on! 

Semalam sudahpun berarak pergi dan esok sedang menanti. Meskipun sesekali menjeling ke belakang dan menumpu pada apa yang ada di hadapan, pastikan kita mampu fokus pada apa yang kita boleh lakukan pada hari ini. 

Selamat menelusuri Throwback – Pujuklah Hati 5. 

Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin    


________________________________________ 

 Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online | Iman yang lemah melemahkan kita!


http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
         


Thursday, April 20, 2017

MAGEDDO: PETAKA AHZAB



JUDUL: MAGEDDO: PETAKA AHZAB
PENULIS: 
Web Sutera
ISBN: 
978-983-097-638-9
KOD:
 BP0010
HARGA: 
RM 20.00
TEBAL: 
264 ms

_____________________________________________________



Novel ketiga bagi Trilogi Armagedon oleh Web Sutera.


SINOPSIS:

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERAmerupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.
Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Kisah perjuangan yang berterusan dalam naskah novel MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Miliki novel ini dan selamat membaca!

_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!




 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Thursday, March 23, 2017

BLUR


JUDUL: BLURPENYUSUN: Bonda Nor
ISBN: 
978-983-097-652-5
KOD:
 BP0009
HARGA: 
RM 20.00 / RM 22.00
TEBAL:
   240 ms

_____________________________________________________

SINOPSIS

BLUR – Tidak ada satu hal pun yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Buruk atau baik yang berlaku tetap memberi nilai tambah kepada kita. Kau stres sebab kau BLUR!

Buku PURIS  ini merupakan hasil daripada siri Bengkel Penulisan Bonda Nor. BLUR adalah salah satu medan untuk para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi menerusi bengkel ini.

Bonda Nor tidak mahu sekadar berusaha seorang diri menyumbang bahan-bahan penulisan yang baik buat masyarakat dan bergerak atas objektif utama bengkel, dia bertekad mahu melatih masyarakat melahirkan sendiri karya-karya yang bermanfaat.


Bonda Nor / Rohamiah Muda / Ida Hani Ali / Muhd Haniff Hashim / Azian Mohamed Isa / Abdul Muiez Ruslee / Ezatul Marini / Selasiah Saari / Mahalabiah Mohamad / Amna Sofea / Aishah Abdul Rahman / Ammar Kamilin / Rosmiena Che Mat / Ana Rohani / Siti Malini Mat / Iz Zunaira  / Ummu Nurin / Nadhirah Arib / Rosmieni Che Mat / Farizah Shamsudin / Nur Akmal / Fedtri Yahya                           
 
Menerusi antologi BLUR, para penulis yang terlibat diminta untuk mengetengahkan pengalaman sendiri dalam menempuh alam yang penuh mencabar ini. Ianya merupakan kisah benar. Sesetengah bersifat peribadi. Namun, demi sesuatu yang dipanggil pengajaran, mereka sudi untuk satu sesi perkongsian.

Sungguh, manusia boleh menjadi matang dengan pengalaman. Bukan sekadar belajar daripada pengalaman sendiri, tetapi menerusi pengalaman orang lain juga. Dengan membuka mata hati kita, insya-Allah kita akan lebih peka dan mampu berjaga-jaga agar tidak terjunam ke dalam lubang yang sama.

BLUR – satu situasi yang pasti akan buat kita berasa tidak selesa. Namun, sebaik saja kita mampu melepasi situasi seperti ini, pasti kita akan menjadi lebih baik.

Selamat menadah perkongsian demi perkongsian yang dinukilkan di dalam antologi 


_____________________________________________________
 
 Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online | Iman yang lemah melemahkan kita!


http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
         


 

Wednesday, March 1, 2017

Amalan Mengangkat Darjat

JUDUL: Amalan Mengangkat Darjat
PENULIS: 
USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI

KATEGORI:
 FARDU AIN

ISBN: 955-574-970-029-8
KOD: GB 0421
HARGA: RM 12.00/ 14.00
TEBAL: 104 ms
_____________________________________________________

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang bersumberkan hadits-hadits
dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh alim ulama. Ia didatangkan dengan
jadual lengkap seharian bagi membantu umat Islam memaksimumkan ibadah
dalam setiap saat kehidupan, daripada bangun pagi hingga tidur kembali.

 _____________________________________________________

 Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online | Iman yang lemah melemahkan kita!


http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123



Berlari Ke Syurga




JUDUL: Berlari Ke Syurga - Tour De Jannah 2.0
PENULIS:
 Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

ISBN:
978-983-097-636-5

Kod:
GB420  
TEBAL:
104 ms

Harga:
RM 20.00

_____________________________________________________



SINOPSIS

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.

Ini semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!


KANDUNGAN

1.      Untuk Allah
2.      Untuk Rasulullah 
3.      Zikir & Istighfar
4.      Jangan Berhenti Berdoa
5.      Keluarga
6.      Ayyuhal Walad
7.      Dosa
8.      Al-Quran
9.      Kehidupan
10.  Ilmu itu Cahaya
11.  Sedekah & Rezeki
12.  Baik & Buruk
13.  Syurga & Neraka
14.  Lensa
15.  Saham Akhirat



KARYA USTAZ AHMAD DUSUKI
https://galeriilmuonline.blogspot.com/2018/07/karya-ustaz-ahmad-dusuki.html
_____________________________________________________

Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!



https://www.facebook.com/GaleriIlmuOnline/

Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!

 Whatsapp je untuk order ➧➧ 0197672123 (Iman)
Admin cuba reply sepantas mungkin inshaAllah
 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123 
http://www.wasap.my/+60197672123

Wednesday, February 15, 2017

[Anugerah Pilihan Pembaca] Bangkit: Pujuklah Hati 4


JUDUL: Bangkit: Pujuklah Hati 4
PENULIS:
Bonda Nor
KATEGORI:
Motivasi
ISBN:
978-983-097-633-4
KOD:
GB0416
TEBAL:
208 ms
HARGA:
RM 20.00 / RM 22

******************************************************



SINOPSIS
 
“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!”

Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.

Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

















 Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online | Iman yang lemah melemahkan kita!


http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123
http://www.wasap.my/+60197672123
whatsapp admin 019-767 2123




APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA

 APABILA RASULULLAH ﷺ BERCERITA “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...