Judul: Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu
ISBN: 978-983-097-693-8
Penulis: Azura Zamri
Kod: GB0473
Tebal: 240 ms
Harga: RM 20
ISBN: 978-983-097-693-8
Penulis: Azura Zamri
Kod: GB0473
Tebal: 240 ms
Harga: RM 20
_____________________________________________________
SINOPSIS
“Kenapa aku diuji?”
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami
telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang
berdusta.” (Al-Ankabut 29: 2-3)
Dugaan
kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk
melaluinya biarpun kita merasa seakan tidak menemui apa-apa harapan
lagi. Allah yang kirimkan masalah itu untuk menguji sebentar. Jadi, kita
mahu keluar daripada laluan kesulitan itu tentunya Tuhan juga yang akan
membantu.
Sesungguhnya, pertolongan Tuhan tidak pernah diiringi lambat, cepat atau tidak, yang dijanjikan-Nya adalah pada masa yang tepat.
TENTANG PENULIS
Nur
Azura binti Zamri atau lebih ringkas dipanggil Azura Zamri. Berasal
dari Sungai Petani, Kedah dan kini menetap di Johor Bahru. Dilahirkan
pada 19 Mei 1992 dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang
yang cukup meminati dunia penulisan dan perfileman, mengimpikan karya
sendiri berjaya diadaptasikan dalam drama mahupun filem suatu hari
nanti. Sudah memiliki empat buah buku iaitu Diari Akhirat, Muslimah Acah, No Couple Before Nikahdan terkini buat karya yang keempat iaitu Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu.
Mula
berkecimpung dalam kerjaya seorang penulis sejak dari tahun 2016.
Penulis sering berkongsi kata-kata nasihat dan motivasi di media sosial
Facebook, Twitter, Instagram serta melalui Channel Nota Hati Azura Zamri
di Telegram.
Penulis lebih gemar menumpukan perhatian menulis buku motivasi tetapi pada masa yang sama, penulis turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan novel pula di masa akan datang.
_____________________________________________________
Jom like page ➧➧ Kedai Buku Online
Iman yang lemah melemahkan kita!
Jom follow instagram ➧➧ galeriilmu_online
Jemput cuci-cuci mata!